Kawan di mata saya

Tuesday 9 August 2011

Ya, kawan. Org dulu kata, kawan biar beribu, kasih biar satu.
Tapi mengikut statistik facebook saya, kawan baru 546.
Tak mengapa. Masih boleh expand lagi.
Hari ni, saya nak cerita pasal my VIP in my life. Exclude God, Parents, and Teachers.
 
1)Adriana/Ustazah Fiona
Seorang yg petah berkata kata, jangan sesekali mencelah/merapu pasti anda akan disangkal (macam pendebat).
Sangat generous tapi suka memerli secara tajam, eh? Sifat keibuan terselah bila ada bambam around. Kadang2 over jadi
mak kiteorg juge.
 
2)Adlina/Adle/Cikgu Iena
Tengok nama samaran tu pun dh over. Menetap sementara di Sabah. Sangat kecil diantara semua.
Sangat suka betik (tiada motif). Guru yang kasar & garang. Ada ke? Asal dari Kedah, tapi yg kuar
dari mulut dia selalu "kau kenapa bah?"...Telah menjadi dormmate aku for 5 yrs. Sangat active
disekolah terbawa bawa hingga dewasa.
 
3)Puan Syahrezad
Telah berkahwin dengan jejaka pingiran Adi Harris terus menghasilkan Adi Syazreen haihhhh...
Menjadi contoh kepada kami utk menghasilkan keluarga mithali. Sangat pandai bake shortbread.
Gulp..Sentiasa melahar di pingchat dn melepaskan perasaan. Penyayang dn lembut orgnya.
 
4)Mimi Mai Manic
Nama pun bosan nak sebut. baru mendirikan rumahtangga n mom to be. Analisa mengatakan bulan 11 tahun ni.
Insyaallah. Sentiasa menitik beratkan rupa paras, tapi hakikat pemakaian tudung fail. Dlm ramai2, dia selalu mencari
jalan membeli tiket AirAsia yg murah. Kuat menjerit utk segala benda. Even kita nak pegang lengan dia pun kena jerit.
Kuat menangis dlm wayang. Dn suka habis kan lebihan makanan secara diam.
 
5) Ben"tot"
Minah fragile. (i like). Kaki jogging tk kira waktu. Menangis dlm kerusi empuk is her fav. Fashion ala2 60an-80an. Tak pernah upgrade.
Selalu typo error dn menyebabkan semua meluat. Pandai masak western yg tak lebih dari 5 bahan perencah. Seorg yg kreatif.
Ofis adalah rumah kedua. Atau mungkin ada GM dia rajin duduk opis. Berimpian tinggi. Lebih tinggi dari ketinggian sbnr.
 
6)Shahanana
Jarang bergesel bersama. Sibuk terbang di udara. Kena SMS kalau ada aktiviti perjumpaan. Kalau tak mengamuk.
Atau kecil hati. (dari sekolah mmg emo sorang2 pun). Mempunyai rambut yg cantik dan akan penuh satu foto kalau amik gambar.
Tak blh rapat kalau berpeluh sakan. Tak pahamla. Pengetahuan am melebihi org lain. Contoh: love handle.
 
7)Aliasha
Fairygodmother kepada berbelas kucing dia dan juga kucing aku. Pimpim and lil' pim. Utk Aminah Hassan, alia belum recognise lagi utk jadi
Fairygodmother dia. Lemah lembut dan sentiasa ajak org datang rumah dia, Suka masak pencuci mulut - macaron tiada rupa tapi tetap habis, cream
puff perisa hazel rojak. Bawak kereta savvy tu secara saiko sambil mengetuk ngetuk stering (tanpa sedar ok). Kami ahli tetap Dai-so.
 
8)Zalikhaw
Kakak yg penuh tanggungjawab di bahu. Suka study blog. Suka tgk AF (ntah apa2). Gigi belum asah lagi. Tak tau nak confirm kan ke tak.
Suka gigit kuku sape tinggal isi. Geng shopping ala2 BTS. Asal drpd Permatang Tok Bidan. Kehidupan yang lepas adalah persis abang macho.
Tak blh tengok kelibat abang ketaq. Akan terketaq sama. Mempunyai kereta ala2 bumble bee.
 
9)Cegh
Penuh rahsia dn sentiasa membawa diri yg lara. Tetapi sudah ada anak satu. Seorg ibu & isteri yg mithali. Tinggal di Kedah.
Kalau berjumpa masih boleh ketawa besar.
 
10)Ernna
Pengikut setia retis. Org pertama yang memperkenal kan Twitter. Lantas menjadi Ketua Twitter. Fanclub Shaheizy Sam. hehek.
Selalu menonton premiere wayang "melayu". Dan akan menyesal atau keluar awal. Kaki pancing udang. Kaki judi. Kaki makan juga.
Kaki segala kakila. Rezeki murah selalu belanja. Amin. Suka sangat bekerja tak kira waktu (global mesra la katakan).
 
11)Izzah/fantetghiro
Pelemah lembut orgnya. Baru sahaja melahirkan baby boy, Emir. Tak mendengar kata ketika dlm pantang. Sudah memasuki era BFF is my world.
My fantet. Di sekolah amat aktif, tapi habis sekolah tak kenal erti sukan sgt. Abah seorg doktor di Pontian. Mempunyai abang2 manis. dan kakak
jelita. Mengutamakan kecantikan dn keluarga bahagia.
 
This is it. Orang2 yg sentiasa ada bila susah atau senang...Semoga kita berkawan sehingga akhir hayat kita. Insya allah.
Walaupun masing2 ada kekurangan dan kelebihan, tapi tetap serasi. No one can replace uolss.
Doa sentiasa utk semua.
Adalah sangat beruntung ada kawan2 mcm ni. Tak boleh dapat even at Chiang Mai or Cambodia.
Utk semua, mulai hari ni, hargai la kawan kita.
ILY.
 
Best Blogger Tips
 

Lorem

DEALS (1) KOREAN (1) SONGS (2) TRAVEL (1)

Ipsum

Dolor