Unimaginable trip to Medan Lake Toba

Tuesday 18 October 2011

Uoolsss nak story about my short trip to Medan Lake Toba!
Tidak pernah jejak kaki di Indonesia. Now sudah pegi...itu pun sumatera.
Ya saya pegi Lake Toba atau Danau Toba. Asal usulnya danau toba ini adalah daripada letupan mega gunung berapi Toba.
Terjadi kira kira 75000 tahun yang lalu. Debu vulkanik nya dikatakan merebak sehingga separuh bumi, China dan Afrika.
Haaa kuat tak? nak tahu lebih lanjut baca wikipedia ni DANAU TOBA WIKI
Pulau yg kat tgh2 korang tgk tu nama dia Pulau Samosir. Kebanyakan org kat sini keturunan Batak.
Yes org yg makan org itewww. Perjalanan kiteorg dari Medan ke Parapat mengambil masa selama
5- 6 jam. Kalau korang tgk la road kat situ, sempit gila. Smua kaki potong. Bas potong bas, kereta potong bas,
org potong org. eh? hahhaha nnt sepanjang perjalanan ke arah Lake Toba/Parapat tu korang
akan nampak dh signboard2 restoran yg tulis Babi Panggang atau Anjing Panggang. Atau mereka mengcodekan menu tu kepada B1/B2!!!
Next bila kiteorg dh sampai kat Lake Toba tu, akan ada perkhidmatan ferry utk hantar kiteorg g Pulau Samosir tu for 45 mins. Dgn terkesima permandangan kat situ, kadang2 tak percaya yg kita ni kat atas tasik yg satu
ketika dulu adalah gunung berapi. Masih hidup lagikah lava2 kat bawah tu??
Alhamdullilah lepas mendayung tu sampai la kita ke perkampungan org Batak asli.
Sepanjang perjalanan ke kubur mereka, kita akan melalui deretan deretan kedai yg menjual pelbagai souvenir utk kita beli bila balik nnt. Korang kena jadi seorg yg expert menawar disitu sampai 70%!!
Saya pun borong fridge magnet - Rp40000 utk 10 pcs. (Tapi bila naik bot tnya member, dieorg dpt Rp30000 utk 10 pcs!) So korang, pesanan kat sini, "Jika beli barang jgn ditanya kawan semeja berapa, nnt hati sakit". Leveetttt
Makanan ya pula kita cerita. Tak lain tak bukan makanan Minang la kan. Pagi breakfast pun kiteorg dh belasah nasi soto yg yummmeehhh. Lain2 waktu banyak makan nasi, jering, ikan bakar, ayam penyet. Segala sambal hijau merah la...air mestila sorso! Teh botol ahakss.
So korang, short trip ni sgt best because satu shj. Kawan2 yg pergi bersama. bersama berpanas dlm bas, bersama tggu delay flight, bersama ketawa dlm marah. eh?
Apa2 pun blk tu smua org demam n cakpat. hahahahaha.
This will be the last trip for my department. Gonna miss u guys! :) levetttttttt!
Best Blogger Tips

DIY : Meh cek ajaq. (GARBAGE ENZYME)

Sunday 9 October 2011

Hari yang indah, selain Isnin, tiada hari yg indah yg lain. Ditambah hujan ribut petir and taufan skrg, mestila kita pun basah kuyup bila
kuar nak pegi lunch atau semasa perjalanan balik ke parking kereta. Leveettt!
Baju basah, kasut basah...bila sampai rumah yg basah basah tu nak keringkan pun berapa jam la sgt yg tinggal utk kering.
And ini akan menghasilkan bau...ya korang..bau macham (dedicate kat one of my kawan baik). hahahahaha. terkenang jap. anywayyy...bau itu akan ganggu kita tgk tv, lipat baju,atau pun tgh menyapu. Leveetttt!
 
So hari ni segmen DIY saya akan mengajar sekalian kepoh2 kat luar utk membuat sendiri detergent (ini lebih hebat dari Daia and Axion...atau Bang!).
Kalau korang tak caya korang buatla sebotol. Jangan lepas ni jadikan pendapatan bulanan sudah. Thanks to me la kan. Fabulastsioty foreveh :p
Erti kata lain "Garbage enzyme" nama diberi adalah ecofriendly thing and sangat senang utk DIY.
 
Apa itu "Garbage Enzyme"?
 
Ini mmg soalan kepoh korang pertama. Leveettt!
GE adalah adalah larutan/ramuan kompleks yang dihasilkan melalui proses fermentasi/penapaian sisa segar dari dapur (sayur-sayuran dan buah-buahan), gula (gula perang, gula jageri, atau molases) dan air. Warna perang tua/gelap dan tapai yang sangat masam manis. GE juga adalah cecair pelbagai guna dan penggunaannya meliputi kegunaan di rumah, pertanian, penternakan haiwan dan sebagainya. Haaa maha hebat tu....ilmu ilmu...amik pen anda skrg ya kepoh2 sekalian.
 
Bahan-Bahan "Garbage Enzyme"
 
1) Bekas plastik kedap udara
2) Air
3) Sisa dapur (lebihan sayur and buah - tapi saya pilih buah2 citrus. kalau sayur tu mcm busuk skit. ikut korangla)
4) Gula (Gula perang the best)
 
Langkah-langkah "Garbage Enzyme"

*Picture cortesy of enzymesos
 
Jangan lupa ya peram 3 bulan dulu baru leh guna. ni tak, tgk mcm sedap je cordial ni dh bantai before fermentation. haihhhh. Utk bulan pertama, buka penutup bekas 2x sehari utk melepaskan gas yg terhasil. Kalau tak meletopsss uols bekas tu. Bulan ke 2 dn ketiga tidak byk sgt gas yg dikeluarkan. Kalau terlalu open sgt permukaan, kemungkinan akan ada maggot atau lalat. Biarkan shj, kerana GE akan resolve mereka secara natureeelll nya.
Bila dh bulan 3, keluarkn hasil pemerapan dn tapis air nya utk digunakan sbg agen pembersih!!
 
Ketahuila faedah faedah bagi menyelamatkan BUMI (dah dekat 2012 kan) ini adalah dengan menghasilkan enzim yang boleh dilakukan di dapur anda.
Ganjarannya adalah kesejahteraan dan kemakmuran hidup anda akan terjamin. Daripada jadi sampah masyarakat kan baik buat sampah enzim tak gitu? kelessss.
 
Kegunaan Pelbagai "Garbage Enzyme"
 
1) Cecair pembersih power punya untuk rumah anda
2) Utk menghilangkan sama sekali segala bau dalam rumah anda. hancing ke macham ke. bau kentut no guarantee.
3) Sebagai agen 007..eh tak..agen pembasmi kuman juga anti virus
4) Penghalau serangga
5) Pembersih karpet / pencegah hama
6) Laundry washing and ironing. bayangkanlaa.
7) Mengemop lantai boleh
8) Buat lap2 dlm kereta
9) Utk cuci saluran2 sinki, tandas tersumbat
10) Boleh jadi baja kepada tumbuhan
 
Actually banyak gila. Tapi itu pun dh tk sabar dh nk buat satu almari. Leveettttt.
Saya bukan nak suruh kepoh2 boikot Giant and K4..cuma nak korang sayangi Bumi, lebih prihatin, yang mana kita mampu buat, kita kena buat.
$$$ ni pun save jugak. At the same time enzim2 tu mengalir ke sungai sungai and laut, terus membersihkan aliran2 yg sumbat. Aman dunia!.
 
"Latar belakang lagu BEP - Everybody, everybody, let's get into it.
Get stupid. Get it started, get it started, get it started"
 
 Yeah..let's start doing now. and help pass the word around. :) xoxo.
 
 
 
 
 
Best Blogger Tips

Adik Pim in memory-kesayangan intan payung saya..fie jangan nangis...

Friday 23 September 2011

Fie jangan nangis....
 
Satu hari ni, saya dengar ada anak kucing meowmeow kat depan rumah. Kecik, kurus, kotor tapi berstokin kakinya (i mean bulu putih macam stokin kat kaki).
 
Apa lagi, pimpim yg dlm rumah plak mcm dh tak tentu hala.."who's that guy????"..muka habis jeles sbb ada org lain nak manja ngn saya.
Anak kucing tu terus diberi nama adik pim..konon M.N.L (malas nak layan) bg je nama tu.. kira adik kepada pimpim.
Lagi best, they look like twins yg beza cuma stokin adik pim!!
Masa utk bermesra diambil cuma sehari. Pastu dh leh peluk peluk sesama sendiri. comel. abang n adik ni bila main.
 
Adik pim ni lain, dia jantan. Tapi jantan mengendeng. Kuat mengendeng kat org, kat abg pim lagilaaa kuat dia mengendeng sampai org
tu rimas n blah. Tapi adik pim akan kejar jugak utk suruh abg pim jilat2 kepala dia. Fav dia.
 
Fie sabar jangan nangis lagi......
 
Adik pim suka makan. Sehari 3x tu normal. Dlm masa 3 bulan cepat dia gemuk jadi sebesar peha saya.
Dia makan makanan kucing je, tak macam abang dia makan semua yg saya makan termasuk apa2 yg cheese.
Lagipun adik pim masa kecik tak suka disuap susu botol. Sekali lagi tak macam abg dia yg minum susu botol sampai besar. Tak caya tanya zana n alia yg dh menyusukan pim.
 
Fie jgn nangis....
 
Kehidupan seharian kiteorg 3 org simple je. Pagi tido, tengahari kejar2 jap, petang tido sambil tgk hindustan, mlm mesra 1malaysia, nak malam lagi tido bersama 3 org satu selemut. Sound bahagia kan?
Adik pim yang pemanja ni suka kuar rumah, main2 kat laman, jumpa kawan baru, dh petang baru balik rumah.
Tu pun kena panggil kadang2 atau abg pim akan jerit2 jugak ppgl dia.
Yg pelik, dia tahu bunyi kete saya dr jauh dh pggl2.
 
Fie jgn nangis......
 
Satu hari ni, saya kena pegi bercuti lama tgglkan mereka. Berat hati tuhan je tau.
Pelbagai pesanan dh ditinggalkan.
Lepas sebulan, saya blk...adik pim sakit. Sbb jatuh dr tempat tggi and tulang belakang dia patah.
Dia lumpuh and internal bleeding. Tapi dia sgt kuat tggu sampai saya blk jumpa dia.
Dia masih ckp2 ngn saya masa tu. Satu hari tu sy tgk dia. Esoknya dia dh dibawa ke hospital.
Doktor ckp dia kritikal. Even operation, life dia akan miserable. Dia puasa 5 hari. Sbb dia sakit sgt2.
 
Fie jangan nangisss.....
 
Then masa doktor tanya proceed or not? utk mematikan dia. Tuhan tahu hati ni berbelah. Nak jaga dia. Tapi tahu tak mampu. Tak mampu sangat2 nak suap dia makan..Tak mampu sangat2 nak salin lampin dia..
Tak mampu sgt2 nak lihat dia sakit setiap hari. Doktor, pls proceed. Berjujuran air mata ni tak boleh berhenti.
Terima kasih pada Der, sbb selawat kat dia sblm dia pegi. Dia pegi dengan tenang. Sangat tenang.
 
"Adik pim, saya sayang awak. and saya tahu awak sayang saya jugak, Saya dh halalkan segala apa yg awak buat kat saya. Termasuk memecahkan satu gelas, n menyepahkan rumah saya. Saya takde niat nak abaikan awak n saya takde pilihan lain. Adik pim, nnt tggu saya kat sana ya."
 
Sekarang boleh nangis.
in memory 20th September 2011 @ 11am.
Best Blogger Tips

Kawan di mata saya

Tuesday 9 August 2011

Ya, kawan. Org dulu kata, kawan biar beribu, kasih biar satu.
Tapi mengikut statistik facebook saya, kawan baru 546.
Tak mengapa. Masih boleh expand lagi.
Hari ni, saya nak cerita pasal my VIP in my life. Exclude God, Parents, and Teachers.
 
1)Adriana/Ustazah Fiona
Seorang yg petah berkata kata, jangan sesekali mencelah/merapu pasti anda akan disangkal (macam pendebat).
Sangat generous tapi suka memerli secara tajam, eh? Sifat keibuan terselah bila ada bambam around. Kadang2 over jadi
mak kiteorg juge.
 
2)Adlina/Adle/Cikgu Iena
Tengok nama samaran tu pun dh over. Menetap sementara di Sabah. Sangat kecil diantara semua.
Sangat suka betik (tiada motif). Guru yang kasar & garang. Ada ke? Asal dari Kedah, tapi yg kuar
dari mulut dia selalu "kau kenapa bah?"...Telah menjadi dormmate aku for 5 yrs. Sangat active
disekolah terbawa bawa hingga dewasa.
 
3)Puan Syahrezad
Telah berkahwin dengan jejaka pingiran Adi Harris terus menghasilkan Adi Syazreen haihhhh...
Menjadi contoh kepada kami utk menghasilkan keluarga mithali. Sangat pandai bake shortbread.
Gulp..Sentiasa melahar di pingchat dn melepaskan perasaan. Penyayang dn lembut orgnya.
 
4)Mimi Mai Manic
Nama pun bosan nak sebut. baru mendirikan rumahtangga n mom to be. Analisa mengatakan bulan 11 tahun ni.
Insyaallah. Sentiasa menitik beratkan rupa paras, tapi hakikat pemakaian tudung fail. Dlm ramai2, dia selalu mencari
jalan membeli tiket AirAsia yg murah. Kuat menjerit utk segala benda. Even kita nak pegang lengan dia pun kena jerit.
Kuat menangis dlm wayang. Dn suka habis kan lebihan makanan secara diam.
 
5) Ben"tot"
Minah fragile. (i like). Kaki jogging tk kira waktu. Menangis dlm kerusi empuk is her fav. Fashion ala2 60an-80an. Tak pernah upgrade.
Selalu typo error dn menyebabkan semua meluat. Pandai masak western yg tak lebih dari 5 bahan perencah. Seorg yg kreatif.
Ofis adalah rumah kedua. Atau mungkin ada GM dia rajin duduk opis. Berimpian tinggi. Lebih tinggi dari ketinggian sbnr.
 
6)Shahanana
Jarang bergesel bersama. Sibuk terbang di udara. Kena SMS kalau ada aktiviti perjumpaan. Kalau tak mengamuk.
Atau kecil hati. (dari sekolah mmg emo sorang2 pun). Mempunyai rambut yg cantik dan akan penuh satu foto kalau amik gambar.
Tak blh rapat kalau berpeluh sakan. Tak pahamla. Pengetahuan am melebihi org lain. Contoh: love handle.
 
7)Aliasha
Fairygodmother kepada berbelas kucing dia dan juga kucing aku. Pimpim and lil' pim. Utk Aminah Hassan, alia belum recognise lagi utk jadi
Fairygodmother dia. Lemah lembut dan sentiasa ajak org datang rumah dia, Suka masak pencuci mulut - macaron tiada rupa tapi tetap habis, cream
puff perisa hazel rojak. Bawak kereta savvy tu secara saiko sambil mengetuk ngetuk stering (tanpa sedar ok). Kami ahli tetap Dai-so.
 
8)Zalikhaw
Kakak yg penuh tanggungjawab di bahu. Suka study blog. Suka tgk AF (ntah apa2). Gigi belum asah lagi. Tak tau nak confirm kan ke tak.
Suka gigit kuku sape tinggal isi. Geng shopping ala2 BTS. Asal drpd Permatang Tok Bidan. Kehidupan yang lepas adalah persis abang macho.
Tak blh tengok kelibat abang ketaq. Akan terketaq sama. Mempunyai kereta ala2 bumble bee.
 
9)Cegh
Penuh rahsia dn sentiasa membawa diri yg lara. Tetapi sudah ada anak satu. Seorg ibu & isteri yg mithali. Tinggal di Kedah.
Kalau berjumpa masih boleh ketawa besar.
 
10)Ernna
Pengikut setia retis. Org pertama yang memperkenal kan Twitter. Lantas menjadi Ketua Twitter. Fanclub Shaheizy Sam. hehek.
Selalu menonton premiere wayang "melayu". Dan akan menyesal atau keluar awal. Kaki pancing udang. Kaki judi. Kaki makan juga.
Kaki segala kakila. Rezeki murah selalu belanja. Amin. Suka sangat bekerja tak kira waktu (global mesra la katakan).
 
11)Izzah/fantetghiro
Pelemah lembut orgnya. Baru sahaja melahirkan baby boy, Emir. Tak mendengar kata ketika dlm pantang. Sudah memasuki era BFF is my world.
My fantet. Di sekolah amat aktif, tapi habis sekolah tak kenal erti sukan sgt. Abah seorg doktor di Pontian. Mempunyai abang2 manis. dan kakak
jelita. Mengutamakan kecantikan dn keluarga bahagia.
 
This is it. Orang2 yg sentiasa ada bila susah atau senang...Semoga kita berkawan sehingga akhir hayat kita. Insya allah.
Walaupun masing2 ada kekurangan dan kelebihan, tapi tetap serasi. No one can replace uolss.
Doa sentiasa utk semua.
Adalah sangat beruntung ada kawan2 mcm ni. Tak boleh dapat even at Chiang Mai or Cambodia.
Utk semua, mulai hari ni, hargai la kawan kita.
ILY.
 
Best Blogger Tips

Go Tigers!! Semangat!! Kembang2 hidung.

Wednesday 27 July 2011

Sorry sangat2 sebab tak update berkurun, no story yo....
 
jyeahhh...semua macam bersemangat ajer ni...bukan semua, the whole Malaysia..
sebabnya...malam ni Harimau Malaya vs Singapore!!!
 
Walaupun tiket 85,000 habis dijual di ketiga tiga stadium....(ya saya salah satu yg tak dapat beli..uwaaaaa)
Agak2 korang la kan...didarab kan 30rm and 50rm duit tiket tu berjuta juta woooo....(darab ah sendiri)...
Kenapa aku nak kira berapa hasil jualan tiket eh? *dasar mata duitan*
Jualan secara online pulak lagi dasyat, hari pertama pembukaan dah habis...adakah ulat2 telah membeli secara online?maju nya mereka.
haaaa...sanggup la kan sape2 nak beli dari ulat2 tu...mark up macam jual kuih raya.
Takpela walaupun aku tak dapat pegi, tapi boleh dgr korang bersorak dari umah kira ok la.
Lagipun dh pegi Chelsea vs Malaysia. Siap nak buat ombak2 tapi tak mendapat sambutan...hampes
 
Aku selitkan sekali la gossip skit...hahahahahha
gossip K.Fahmi atau apex tunang kepada si jejari runcing blog, elia. Alang alang cite pasal bola kan.
haaa apa yg kecoh2 ni? Dia jadi penjaga gol utk malam ni...(bukan gossip ni la)
Apex ada pegang tangan ngn seorg girl2 yg bukan elia la of coz.\o/ >simbol utk cakap OMG!
oooooooooOOOOoOOoOOoOOooooooooooo
Nak baca lebih lanjut baca kat beatifulnara la mana lagi sumber asli.
Over2 nak cite pun, Apex tak cakap apa pun lagi. Elia je over.
Over u. Apex btw goodluck for tonite bro!
Lu men perempuan lu cite nnt. Malaysia penting. (gaya KL gangster)
 
Utk akhiri entri ni dengan semangat kobar2 peluh2...
Klik utk download lagu Hitam Kuning (Go Tiger) by JJ and Ean Hitzfm!!!
Masyuk wooo lagu ni...enjoice
 
 
Its Nadhira, whats up JJ and Ean
Hitam kuning hitam kuning
Go tigers!
 
On the pitch, they gonna leave no survivor
Black and yellow, hello, catch the fever
Come on Malaysians, let;s make u all believers
 
c/o Hitam Kuning 3x
Go tigers! Go tigers!
Hitam Kuning 3x
Go tigers! Go tigers!
 
Black stripes with yellow trims
I heard they scare of us cos we gonna win
We're tiger on our chest
Can u hear us roaring
We playing our best and we will be scoring
 
Suzuki Cup we bagged the medal
from our necks the medal dangle
We gonna light up like candle
Hitam kuning can u handle...us
All the haters can shhhh....now
Malaysians Tiger with the coach ...Raja Gopal
 
c/o 2x
 
Harimau Malaya, mengaum gagah,
Juara Malaya, Raja Asia
Lawan diserang, tiada gentar
Mengaum gagah, lawan gentar
Harimau Malaya, dunia digegar
yeahhhh
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau anda bangga sebagai rakyat malaysia. hafal la lagu ni utk malam ni!!
 
Good luck to Malaysia Team tonite!!
 
LIVE on TV tune in
RTM1
Astro Arena (801)
Astro Starsport (813)
all starts at 845pm 28 July 2011
Best Blogger Tips

A final trip to Tanjong Pagar

Wednesday 29 June 2011

Tanpa fikir panjang, terus say yes kepada mumu..."fu, jom pegi singapore. Tgk tg pagar".

Dengan berdua sahaja, kami amik pakej yg disediakan oleh KTM Nostalgia Tanjong Pagar. Rupa-rupanya kiteorg ikut kumpulan Yayasan Selangor.

Kira anak jati Selangor (lingkungan umur 40 tahun keatas). Siap ada presiden dia skali. Nak jadi cerita, kami kawan jela semua makcik pakcik.

Kami dpt Keretapi Senandung Utara, coach karaoke lagi ya. Maksud saya karaoke tu, ada LCD TV, speaker 6, siap sekali lampu lap lap lip.

Tapi saya n mumu tetap tido tanpa sedar. Bertolak dari KL sentral 11pm sampai Tg Pagar 730am mcm tu.

Dlm pakej ni include skali breakfast, lunch and dinner. Kami juga akan dibawa jalan2 sekitar Singapore (cara mcm jakun kan)

Kami pegi : Geylang Serai- tempat heaven membeli belah mak2..ada kain2..baju2...jubah2..telekung2..semua2 lah

                : Arab Street - pegi masjid sultan and tgk2 chocolate factory

                : Merlion Park - tempat singa kuar air tu kan. Tempat ni camwhore tak ingat.

                : Mustafa Centre - hmmm tak tau la kalau tak over the spend kat sini dgn dollar sing yg rendah skrg. haihhh...

Kesimpulannya semua kawasan membeli belah la. Ntah apa2...org nak tgk stesen ketapi tu, tapi bwk jgk tour satu Singapore. Janji 250 keping gambar dh disnap. hahaha.

Penutupan stesen ni adalah Khamis ni ya kawan2...1 July 2011 station akan beroperasi sampai Woodlands je. Sedih kalau sape pencinta sejarah.

Utk generasi akan datang, sesuatu peristiwa mcm ni mesti dijadikan memori supaya tak luput ditelan zaman. Station Tanjong Pagar akan dijaga rapi and akan

dijadikan muzium juga. 80 tahun beroperasi merentasi 2 negara. Terima Kasih Tg Pagar!..

 

Best Blogger Tips

MILO SUATU KETIKA

Thursday 9 June 2011

Milo.. suatu minuman yg mmg tk de org kat KL ni tak minum. Ke ada je org tk minum milo?
..Milo ais
..Milo O
..Milo Dinosor
..Milo Tabur
..Milo kaw
macam2 kan. korang blh je sambung nama apa lagi nak bg kat Milo tu.
Kalau suka sgt minum milo, korang blh la rajin kan diri masuk MILO Mini Van Redemption 2011.
6 Mini Van Milo utk korang buat koleksi sampai mati. tak dapat woooo
Download redemption form kat sini (with terms n conditions) >> redemption form
 
 
Cara-cara:
1) Beli produk2 Milo yg ada.
2) Redeem point utk mini van (ikut la month mana)
 
Senang je kan...
Bayangkanla koleksi ni ada kat bilik tidur korang ke. utk generasi akan datang..
mungkin boleh disusun sebelah menyebelah ngn cawan2 Mcd korang. hahahahahah
Kinky gila.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Best Blogger Tips

Mari ke Korea!!!

Wednesday 8 June 2011

Mari ke Korea menggoreng daging and mencelop sayur....aka welcome to Seoul Garden Malaysia!!!
 
ya itu restoran ya, ala2 stembot. Jgn ingt itu shopping komplex baru kat Kepong plak.:p
sila layari http://www.seoulgarden.com.my/ utk menlebihkan ilmu di dada anda. hahaha
 
Gulp, selalu terliuq bila nak cerita pasal food kan? ok this time saya nak cerita pasal Seoul Garden ini.
Walaupun dah 2x pg..(1st time saya pegi kat cawangan tepi Federal Highway-Plaza Pantai tu- siap jumpa apex (khairul fahmi) ahakss)
ok fine gossip.
 
Outlet dia kat Klang Valley ada 3 je ya. One utama>iOi Mall>Plaza Pantai. Punyala limited kan.
Penang ada 3 outlet n Johor ada 2 outlet. Yang negeri lain kena buat fieldtrip kalau nak makan sgt la.
Jom jln2 malaysia.
 
Seoul Garden ni ada BBQ steamboat buffet. Lantak la unlimited food korang leh amik. Price sgt2 reasonable.
Selalu dijadikan party harijadi atau anniversary bulanan ya. Sinila tempat yg sesuai. Sambil ketawa sambil celup sambil goreng.
Kalau ada kawan yg suka gorengkan pun bgs. ;p
 
Adult : Lunch :RM 26.88++ Dinner : RM 35.88++
Child : Lunch :RM 16.00++ Dinner : RM 20.00++
 
Mur Mur Mur~~~
 
 
Dah makan kat situ, korang jgn lupa amik gambar n share kat facebook ke twitter >so malaysian kan!
hahahahha...ckp macam tak pernah buat.
Tak tipu, sekali pg mesti teringat ingat nak pg lagi....yeehaaa \O/
 
 
 
 
Best Blogger Tips

COLOR ROPES~mencantikkan lg anda yg dh cantik.

Wednesday 25 May 2011

Suka pakai accessories? Sukakan bracelet? Suka rantai vintage?
korang suka facebook? sukaaaaaaaa.. eh?
hahaha, di sini saya nak mewarwarkan ada facebook page yg khas utk accessories wanita shj ya,
tapi tak salah kalau bukan wanita nak tgk jugk. Boleh je hadiahkan pada kami2 ni. :p
Malu? okla, hadiahkan pada mak anda/mak mertua/makcik jiran sebelah ya. Haa senang cite.
 
Jom! kelik "LIKE" @ COLOR ROPES
 
Yes, all you need to do is click "LIKE" for that pages and you get to view a lot of cute, update accessories!!
Page ni akan sentiasa update korang dgn new item dia. Nantikan sahaja...
Jgn pulak sbb terlalu asyik melihat facebook sampai tak masak, tak mandi, anak tak makan, tapi pet society dh
bg makan...
 
 
Kalau anda berminat kat kalung2 dlm page tu, hanya PM sahaja and include this details:
 
Produck code/name:
Album mana:
Nama:
Alamat:
Quantity:
Color:
Harga:
 
Yang best nya semua delivery/postage FOC! Dgn syarat!!>>belian kurang RM20 kena buat min purchase of 3 items. Baru eligble utk beli.
Takde, korang tgk ajela barang korang tu kena rembat. (hohohoho)
 
Segala enquiry blh ditujukan kepada : sherafinamohd@gmail.com
 
suka? suka la byk byk lemon....
 
Note: Btul ke Yusry n Lisa dh ehem ehem? haihhhh (lari tajukkkkkkkkk)-sumber Beautifulnara.
 
 
 
Best Blogger Tips

Risau cuaca menggila?

Monday 23 May 2011

Yeah, para wanita sekalian..dgn cuaca yg tak menentu mesti merosakkan style rambut korang yg ala2
korea dan akan menyebabkan frizzy, gerbang, kering terus
saham korang turun..
rambut kita kena la jaga. Mahkota wanita katakan.
Make it natural>haaa
Bagi yg slalu blow dry (bkn BJ ya) tu pun perlu la sentiasa memoisturekan rambut anda dr frizzy.
 
Jgn risau, sbb kipas susah mati Sunsilk telah mengeluarkan produk baru..
yeay yeay yeay
 
!!!NEW SUNSILK WEATHER DEFENSE RANGE!!!
 
Direka oleh Teddy Charles, Stylist professional antarabangsa. Syampoo ni 24 hours frizz control..wuuu..
dan juga mengelakkan rambut anda terus mengering menjadi ekoq kucing, eh?
 
Selain control frizz n dryness, ia juga menyeimbangkan (susah nak spell ni) level of moisture dlm udara n sbg perisai dr cahaya UV.
 
 
Ini adalah range product yg ada, kena beli satu set ok, kasi untung watson n guardian.
 
 
Oleh itu kawan2, selain pakai tudung atau topi utk lindungi, shampoo la rambut slalu pakai Sunsilk ni.
Mana tau korang jln2 tepi jln tu, dgn rambut yg ikal menawan, ada org hon~~~~(tkde motif)T_T
 
 
 
Best Blogger Tips

Jom Deal!

Saturday 21 May 2011

Sekarang ni sgt mudah utk beli pakej spa yg anda idamkan pada harga selepas 70% discount.Tak percaya la tu. Anda mesti ada nampak iklan skrg ni yg asyik meng'deal' je kan? haaa jgn terkejut, mmg satu hobi baru skrg, utk start kan hari anda kena tgk website ni. Web yg saya ckpkan kan tu tak lain tak bukan mydeal

Apakah ini? ia adalah laman web yg menawarkan anda kupon utk pakej2 yg disediakan. Setiap hari anda akan dapat new hot deal discount, ya discount sehingga 50-90%! Suka la kan benda2 discount ni. :)
Bila minimum buyer hit utk satu2 deal tu, bermula la deal anda. Anda akan mendapati satu msg yg mengatakan : The deal is ON!
Selepas pembelian, anda akan mendapat email dgn voucher pembelian anda (in pdf). Anda perlu print voucher tu utk redeem deal anda. Senangkan?

Risaukan rambut yg mengerbang? atau rambut separuh rebonding? Today's deal, Zephora Hair Studio menawarkan 70% OFF Digital Perm or Rebonding + Hair Wash + Hair Blow + Scalp Treatment by Senior Hair Stylist @ Zephora Hair Studio (IOI Boulevard) for only RM99 instead of RM330! click here for more details on this offer Zephora-Hair-Studio

Cepat2 la pegi mydeal utk tgk apa yg mereka tawarkan hari ini!!!
Best Blogger Tips
 

Lorem

DEALS (1) KOREAN (1) SONGS (2) TRAVEL (1)

Ipsum

Dolor