Adik Pim in memory-kesayangan intan payung saya..fie jangan nangis...

Friday 23 September 2011

Fie jangan nangis....
 
Satu hari ni, saya dengar ada anak kucing meowmeow kat depan rumah. Kecik, kurus, kotor tapi berstokin kakinya (i mean bulu putih macam stokin kat kaki).
 
Apa lagi, pimpim yg dlm rumah plak mcm dh tak tentu hala.."who's that guy????"..muka habis jeles sbb ada org lain nak manja ngn saya.
Anak kucing tu terus diberi nama adik pim..konon M.N.L (malas nak layan) bg je nama tu.. kira adik kepada pimpim.
Lagi best, they look like twins yg beza cuma stokin adik pim!!
Masa utk bermesra diambil cuma sehari. Pastu dh leh peluk peluk sesama sendiri. comel. abang n adik ni bila main.
 
Adik pim ni lain, dia jantan. Tapi jantan mengendeng. Kuat mengendeng kat org, kat abg pim lagilaaa kuat dia mengendeng sampai org
tu rimas n blah. Tapi adik pim akan kejar jugak utk suruh abg pim jilat2 kepala dia. Fav dia.
 
Fie sabar jangan nangis lagi......
 
Adik pim suka makan. Sehari 3x tu normal. Dlm masa 3 bulan cepat dia gemuk jadi sebesar peha saya.
Dia makan makanan kucing je, tak macam abang dia makan semua yg saya makan termasuk apa2 yg cheese.
Lagipun adik pim masa kecik tak suka disuap susu botol. Sekali lagi tak macam abg dia yg minum susu botol sampai besar. Tak caya tanya zana n alia yg dh menyusukan pim.
 
Fie jgn nangis....
 
Kehidupan seharian kiteorg 3 org simple je. Pagi tido, tengahari kejar2 jap, petang tido sambil tgk hindustan, mlm mesra 1malaysia, nak malam lagi tido bersama 3 org satu selemut. Sound bahagia kan?
Adik pim yang pemanja ni suka kuar rumah, main2 kat laman, jumpa kawan baru, dh petang baru balik rumah.
Tu pun kena panggil kadang2 atau abg pim akan jerit2 jugak ppgl dia.
Yg pelik, dia tahu bunyi kete saya dr jauh dh pggl2.
 
Fie jgn nangis......
 
Satu hari ni, saya kena pegi bercuti lama tgglkan mereka. Berat hati tuhan je tau.
Pelbagai pesanan dh ditinggalkan.
Lepas sebulan, saya blk...adik pim sakit. Sbb jatuh dr tempat tggi and tulang belakang dia patah.
Dia lumpuh and internal bleeding. Tapi dia sgt kuat tggu sampai saya blk jumpa dia.
Dia masih ckp2 ngn saya masa tu. Satu hari tu sy tgk dia. Esoknya dia dh dibawa ke hospital.
Doktor ckp dia kritikal. Even operation, life dia akan miserable. Dia puasa 5 hari. Sbb dia sakit sgt2.
 
Fie jangan nangisss.....
 
Then masa doktor tanya proceed or not? utk mematikan dia. Tuhan tahu hati ni berbelah. Nak jaga dia. Tapi tahu tak mampu. Tak mampu sangat2 nak suap dia makan..Tak mampu sangat2 nak salin lampin dia..
Tak mampu sgt2 nak lihat dia sakit setiap hari. Doktor, pls proceed. Berjujuran air mata ni tak boleh berhenti.
Terima kasih pada Der, sbb selawat kat dia sblm dia pegi. Dia pegi dengan tenang. Sangat tenang.
 
"Adik pim, saya sayang awak. and saya tahu awak sayang saya jugak, Saya dh halalkan segala apa yg awak buat kat saya. Termasuk memecahkan satu gelas, n menyepahkan rumah saya. Saya takde niat nak abaikan awak n saya takde pilihan lain. Adik pim, nnt tggu saya kat sana ya."
 
Sekarang boleh nangis.
in memory 20th September 2011 @ 11am.
Best Blogger Tips
 

Lorem

DEALS (1) KOREAN (1) SONGS (2) TRAVEL (1)

Ipsum

Dolor