A final trip to Tanjong Pagar

Wednesday 29 June 2011

Tanpa fikir panjang, terus say yes kepada mumu..."fu, jom pegi singapore. Tgk tg pagar".

Dengan berdua sahaja, kami amik pakej yg disediakan oleh KTM Nostalgia Tanjong Pagar. Rupa-rupanya kiteorg ikut kumpulan Yayasan Selangor.

Kira anak jati Selangor (lingkungan umur 40 tahun keatas). Siap ada presiden dia skali. Nak jadi cerita, kami kawan jela semua makcik pakcik.

Kami dpt Keretapi Senandung Utara, coach karaoke lagi ya. Maksud saya karaoke tu, ada LCD TV, speaker 6, siap sekali lampu lap lap lip.

Tapi saya n mumu tetap tido tanpa sedar. Bertolak dari KL sentral 11pm sampai Tg Pagar 730am mcm tu.

Dlm pakej ni include skali breakfast, lunch and dinner. Kami juga akan dibawa jalan2 sekitar Singapore (cara mcm jakun kan)

Kami pegi : Geylang Serai- tempat heaven membeli belah mak2..ada kain2..baju2...jubah2..telekung2..semua2 lah

                : Arab Street - pegi masjid sultan and tgk2 chocolate factory

                : Merlion Park - tempat singa kuar air tu kan. Tempat ni camwhore tak ingat.

                : Mustafa Centre - hmmm tak tau la kalau tak over the spend kat sini dgn dollar sing yg rendah skrg. haihhh...

Kesimpulannya semua kawasan membeli belah la. Ntah apa2...org nak tgk stesen ketapi tu, tapi bwk jgk tour satu Singapore. Janji 250 keping gambar dh disnap. hahaha.

Penutupan stesen ni adalah Khamis ni ya kawan2...1 July 2011 station akan beroperasi sampai Woodlands je. Sedih kalau sape pencinta sejarah.

Utk generasi akan datang, sesuatu peristiwa mcm ni mesti dijadikan memori supaya tak luput ditelan zaman. Station Tanjong Pagar akan dijaga rapi and akan

dijadikan muzium juga. 80 tahun beroperasi merentasi 2 negara. Terima Kasih Tg Pagar!..

 

Best Blogger Tips

0 comments:

Post a Comment

 

Lorem

DEALS (1) KOREAN (1) SONGS (2) TRAVEL (1)

Ipsum

Dolor